PASAKKAN LANGKAH MENGHARUNG CABARAN

Thursday, 16 May 2019
Mampu Melihat Alam Ghaib." Kelebihan Atau Kekurangan?
Selalu kita mendengar cerita dari rakan-rakan ada sesetengah ahli keluarga mereka, atau sanak saudara, ataupun kenalan mereka, yang mengatakan mereka ini mempunyai kelebihan hijab terbuka. Maksudnya ialah mempunyai kemampuan untuk melihat atau berinteraksi dengan makhluk ghaib.
.
Jadi, adakah ia benar-benar kelebihan atau kekurangan?
.
Ada dikalangan kita yang merasakan bahawa dapat melihat jin itu suatu kelebihan. Benarkah begitu? Sebenarnya, apabila seseorang itu dapat melihat jin, ianya bukanlah suatu kelebihan, tetapi adalah kekurangan.
.
Mengapa saya katakan ianya adalah suatu kekurangan? Kerana itu adalah seperti barah akidah. Maksudnya ialah barah tersebut sedikit demi sedikit akan merosakkan manusia terutamnya dari sudut akidahnya.
.
Jika ada seseorang yang mampu menghafal Al-Quran dalam tempoh hanya 6 bulan, itu barulah dikatakan kelebihan dan disyukuri akan kelebihan tersebut.
.
Tetapi jika seseorang itu dapat melihat jin, perkara tersebut tidak ada di dalam Islam. Bahkan di dalam Al-Quran dengan jelas menyebut bahawa syaitan melihat kita dari suatu tempat yang kita tidak dapat melihat mereka.
.
Allah berfirman di dalam Surah Al-A’raf ayat 27:
“Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya ‘auratnya. Sesungguhnya ia (iblis) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.”
.
Jika ianya bukan kelebihan, apa maksud jika seseorang itu dapat melihat makhluk ghaib?
.
Seseorang yang mengalami kemampuan dapat melihat jin bermaksud dia sebenarnya sedang mengalami gangguan dari golongan jin itu sendiri.
.
Gangguan itu berlaku disebabkan:
1. Ada jin sihir yang masuk ke dalam badannya bertujuan untuk menyihir.
2. Adanya jin yang diwarisi dari keturunannya samada dalam keadaan disedari atau tidak.
3. Melakukan perbuatan-perbuatan syirik yang menjadikan jin berdamping dengan dirinya.
4. Kurangnya amalan-amalan pendinding yang dicontohkan oleh Nabi yang menyebabkan jin sengaja mahu mengganggunya.
5. Tukang sihir atau bomoh yang berdamping dengan jin.
.
Jadi, sekiranya ada sesiapa yang mengaku kepada anda dia dapat melihat makhluk ghaib, terangkan kepadanya bahawa itu bukanlah suatu kelebihan, tetapi adalah kekurangan dan nasihatkan kepadanya untuk mendapatkan rawatan.
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment