Cikgu sebagai seorang Perawat Islam menawarkan perkhidmatan merawat pelbagai jenis penyakit serta perkhidmatan rawatan yang diperlukan pesakit berkonsepkan kaedah Rawatan Islam. Dengan menggunakan KAEDAH RAWATAN ISLAM menggunakan bacaan Ayat Al-Quran , berdoa dan air serta bertawakal kepada ALLAH s.w.t, kerana (ALLAH s.w.t) sahajalah yang Maha Berkuasa menyembuhkan segala penyakit serta memakbulkan segala doa dan hajat hambaNya. Disamping itu juga pesakit akan diberikan perkhidmatan kaunseling bagi yang memerlukan sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang penyakit dan masalah , bolehlah mendapatkan rawatan yang sewajarnya dengan membuat temu janji di nombor 012 - 6445096 .
JENIS - JENIS RAWATAN :
*Asma *Angin Ahmar *Barah *Gila Merian *Buasir *Batu Karang *Badi *Buah Pinggang *Gastrik *Darah Tinggi/Rendah *Gaut *Masalah Rumah Tangga *Jantung *Kencing Malam/Manis *Kayap *Kenan/Kecacatan *Berdebar *Lemah Semangat *Maigrin *Pelembut Hati *Penerang Hati *Kolestrol*Mandul/Zuriat *Pendekat Jodoh *Resdung *Murah Rezeki *Ketumbuhan *Penyelera Makan *Santau *Sukar Tidur Malam *Sawan/Sawan tangis *Gangguan Spiritual *Selusuh *Pendinding diri/rumah/bangunan *Menghentikan Tabiat Buruk *Penahan Darah Tak Henti/Kencing *Pemisah Susu(bayi) /Bantal/Jari/Hubungan *Memasuki Rumah Baru/Pejabat/Kereta *Saka *Sihir* Gangguan makhluk halus*Gangguan emosi Dan Lain-lain penyakit.
PERKHIDMATAN RAWATAN LAIN
BEKAM
Bekam adalah proses membuang darah toksik dari dalam tubuh melalui permukaan kulit manusia yang mana kulit adalah sebagai organ terbesar manusia. Bekam dikatakan teknik detoksifikasi yang berkesan dan dapat merawat pelbagai penyakit, mencegah penyakit dan memulihkan fungsi tubuh. Ini adalah suatu proses membuang darah kotor (toksin-racun yang berbahaya dari dalam tubuh, melalui permukaan kulit. ) Toksin adalah endapan racun / zatkimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh kita.Toksin ini berada pada hampir setiap orang. Toksin ini berasal dari pencemaran udara, maupun dari makanan yang banyak mengandungi zat pewarna, zat penaik, penyedap rasa, pemanis, pestisida sayuran dan lain-lain.
Terdapat hadits Shahih Al Bukharidari Said Ibnu Jabir dariIbnu Abbas dariNabi Saw, bahawa beliau bersabda :
الشِّفَاءُفِيْثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِعَسَلٍوَشَرْطَةِمِحْجَمٍوَكَيَّةِنَارٍوَإِنِّيْأَنْهَىأُمَّتِيْعَنْالْكَيِّ
“Kesembuhan itu ada 3 hal, yaitu dalam pisau hijamah, meminumkan madu dan pengubatan dengan besi panas, dan aku melarang ummatku melakukan pengobatan dengan besi panas.”
إِنَّأَمْثَلَمَاتَدَاوَيْتُمْبِهِالْحِجَامَةُوَالْفَصْدُ
“Sesungguhnya cara perubatan yang paling baik bagi kalian adalah hijamah (bekam) dan fashdu (venesection)".
Pada hadits lain termuat : ”Lakukanlah olehmu Hijamah pada rongga kuduk, kerana akan menyembuhkan 72 penyakit.”
Kenapakah Harus Rawatan Bekam menjadi pilihan?
Kajian mendapati bahawa berbekam mempunyai kaitan rapat dengan umat Islam. Orang Islam patut berbangga dengan bekam kerana bekam sebenarnya diamalkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Malah, dalam hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Al-Tarmizi menyatakan bahawa ketika Nabi Muhammad dalam perjalanan Israk Mikraj, Baginda menemui malaikat yang menyuruhumat Islam menggunakan bekam untuk tujuan kesihatan. Nabi Muhammad juga diriwayatkan berbekam di atas kepala dan antara dua bahu, sekaligus menunjukkan berbekam mempunyai banyak manfaat.
Sesungguhnya bagi setiap penyakit itu ada ubat, Maka apabila ubat itu serasi dengan penyakit ia akan sembuh dengan izin Allah A'zza Wajalla
(Riwayat Muslim dari hadis Abi Az-Zubair dari Rasullulah S.A.W)
No comments:
Post a Comment