PASAKKAN LANGKAH MENGHARUNG CABARAN

PASAKKAN LANGKAH MENGHARUNG CABARAN

Wednesday, 15 July 2015

Pengenalan Rawatan Islam..


Cikgu sebagai seorang Perawat Islam menawarkan perkhidmatan merawat pelbagai jenis penyakit serta perkhidmatan rawatan yang diperlukan pesakit berkonsepkan kaedah Rawatan Islam. Dengan menggunakan KAEDAH RAWATAN ISLAM  menggunakan bacaan Ayat Al-Quran , berdoa dan air serta bertawakal kepada ALLAH s.w.t, kerana (ALLAH s.w.t) sahajalah yang Maha Berkuasa menyembuhkan segala penyakit serta memakbulkan segala doa dan hajat hambaNya. Disamping itu juga pesakit akan diberikan perkhidmatan kaunseling bagi yang memerlukan sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang penyakit dan masalah , bolehlah mendapatkan rawatan yang sewajarnya dengan membuat temu janji di nombor 012 - 6445096 .


                                                 JENIS - JENIS RAWATAN :


*Asma *Angin Ahmar *Barah *Gila Merian *Buasir *Batu Karang *Badi *Buah Pinggang *Gastrik *Darah Tinggi/Rendah *Gaut *Masalah Rumah Tangga *Jantung *Kencing Malam/Manis *Kayap *Kenan/Kecacatan *Berdebar *Lemah Semangat *Maigrin *Pelembut Hati *Penerang Hati *Kolestrol*Mandul/Zuriat *Pendekat Jodoh *Resdung *Murah Rezeki *Ketumbuhan *Penyelera Makan *Santau *Sukar Tidur Malam *Sawan/Sawan tangis *Gangguan Spiritual *Selusuh *Pendinding diri/rumah/bangunan *Menghentikan Tabiat Buruk *Penahan Darah Tak Henti/Kencing *Pemisah Susu(bayi) /Bantal/Jari/Hubungan *Memasuki Rumah Baru/Pejabat/Kereta *Saka *Sihir* Gangguan makhluk halus*Gangguan emosi Dan Lain-lain penyakit.

PERKHIDMATAN RAWATAN LAIN


BEKAM

Bekam adalah proses membuang darah toksik dari dalam tubuh melalui permukaan kulit manusia yang mana kulit adalah sebagai organ terbesar manusia. Bekam dikatakan teknik detoksifikasi yang berkesan dan dapat merawat pelbagai penyakit, mencegah penyakit dan memulihkan fungsi tubuh. Ini adalah suatu proses membuang darah kotor (toksin-racun yang berbahaya dari dalam tubuh, melalui permukaan kulit. ) Toksin adalah endapan racun / zatkimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh kita.Toksin ini berada pada hampir setiap orang. Toksin ini berasal dari pencemaran udara, maupun dari makanan yang banyak mengandungi zat pewarna, zat penaik, penyedap rasa, pemanis, pestisida sayuran dan lain-lain.

Terdapat hadits Shahih Al Bukharidari Said Ibnu Jabir dariIbnu Abbas dariNabi Saw, bahawa beliau bersabda :


الشِّفَاءُفِيْثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِعَسَلٍوَشَرْطَةِمِحْجَمٍوَكَيَّةِنَارٍوَإِنِّيْأَنْهَىأُمَّتِيْعَنْالْكَيِّ

“Kesembuhan itu ada 3 hal, yaitu dalam pisau hijamah, meminumkan madu dan pengubatan dengan besi panas, dan aku melarang ummatku melakukan pengobatan dengan besi panas.”


إِنَّأَمْثَلَمَاتَدَاوَيْتُمْبِهِالْحِجَامَةُوَالْفَصْدُ

“Sesungguhnya cara perubatan yang paling baik bagi kalian adalah hijamah (bekam) dan fashdu (venesection)".


Pada hadits lain termuat : ”Lakukanlah olehmu Hijamah pada rongga kuduk, kerana akan menyembuhkan 72 penyakit.”

Kenapakah Harus Rawatan Bekam menjadi pilihan?

Kajian mendapati bahawa berbekam mempunyai kaitan rapat dengan umat Islam. Orang Islam patut berbangga dengan bekam kerana bekam sebenarnya diamalkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Malah, dalam hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Al-Tarmizi menyatakan bahawa ketika Nabi Muhammad dalam perjalanan Israk Mikraj, Baginda menemui malaikat yang menyuruhumat Islam menggunakan bekam untuk tujuan kesihatan. Nabi Muhammad juga diriwayatkan berbekam di atas kepala dan antara dua bahu, sekaligus menunjukkan berbekam mempunyai banyak manfaat.

Sesungguhnya bagi setiap penyakit itu ada ubat, Maka apabila ubat itu serasi dengan penyakit ia akan sembuh dengan izin Allah A'zza Wajalla
(Riwayat Muslim dari hadis Abi Az-Zubair dari Rasullulah S.A.W)

Monday, 13 July 2015

Selamat Hari Raya AidilFitri!



Kosong - Kosong..Bersempena Bulan yang Istimewa dan Kemenangan setelah bertungkus - lumus menghadapi bulan Ramadhan ingin cikgu ucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri 1436 H/2015 buat seluruh umat islam..Cikgu ingin mohon maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki sekiranya terdapat kesalahan yang cikgu pernah lakukan samaada di sengajakan atau tidak di sengajakan..tak lupa juga yang ingin pulang ke kampung berhati - hatilah di jalan raya..Ingatlah orang tersayang..jemput -jemputlah datang kerumah raya nanti..

Ahlan wasahlan ya Ramadhan 1436 Hijriyah / 2015 Masehi..




Salam Ramadhan semua..bersempena ramadhan kali ini sesi rawatan cikgu di klinik darussyifa di tutup..hanya sesi pagi sahaja yang di buka untuk orang ramai datang..sesi rawatan cikgu hanya akan di buka selepas puasa enam syawal pada hari rabu petang yang akan datang..hmm lebih sebulan juga cikgu tak dapat merawat pesakit..apapun cikgu ingin ucapkan selamat menghabiskan ramadan yang hanya tinggal 3 hari lagi ketika cikgu menulis di blog ini..mudah - mudahan ramadan kali ini adalah yang terbaik untuk kita sama - sama menghayati bulan yang penuh keberkatan ini..

Wednesday, 8 July 2015

Cikgu sebagai seorang Perawat Islam Darussyifa..





Kita Bertemu lagi..Kali ini Cikgu nak berkongsi tentang pekerjaan cikgu..Cikgu adalah seorang Perawat islam di Darussyifa Pusat iaitu di Darussyifa Bandar Baru Bangi Syeksyen 1..Cikgu merawat setiap sesi Rabu Petang dari pukul 2 sehingga pukul 7 petang..Kiranya tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu tentang pesakit yang datang ke klinik darussyifa untuk di rawat..di Darussyifa Cikgu berkemahiran untuk merawat segala jenis penyakit samaada penyakit jasmani atau rohani..walaubagaimanapun ingin cikgu tegaskan di sini yang kesembuhan adalah milik allah..kita sebagai manusia hanya boleh berikhtiar sahaja...


Salam Perkenalan...


Hari ni cikgu nak memperkenalkan diri cikgu..

Nama penuh cikgu Azizul Akmal Bin Mohamad Mazuki..berusia 33 tahun ..boleh panggil cikgu Zul..sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak....seorang lelaki dan seorang perempuan..hehe..kiranya dah lengkap la kehidupan cikgu..oh ya cikgu tinggal di bandar baru bangi, selangor..


itu saja untuk perkenalan..hehe

Monday, 6 July 2015

Assalamualaikum Dunia!!



Mari menjadi orang yang Bermanafaat..


Rasulullah saw bersabda :
"Sebaik-baik orang adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain." (HR. Qudha'i dari Jabir ra.).

Manakala manusia menjadi orang terbaik karena manfaat kebaikan yang diberikannya, maka Allah SWT akan sangat mencintainya sebagaimana disebutkan dalam satu hadist dari Rasulullah saw:


"Bahwa seorang laki-laki datang kepada Rasulullah saw lalu berkata: "Ya Rasulullah, manusia mana yang paling dicintai Allah(dan amal apa yang paling dicintai Allah)?" Maka beliau bersabda: "Manusia yang paling dicintai Allah adalah yang paling berguna bagi manusia dan amal yang paling dicintai oleh Allah azza wa jalla adalah kebahagiaan yang kamu masukkan kepada seorang muslim, kamu hilangkan darinya satu kesulitan atau kamu tunaikan darinya suatu hutang atau kamu menghilangkan darinya rasa lapar. (HR.Ibnu Abi ad Dunya).

Disamping itu, hadist lain yang menyebutkan tentang ini disebutkan oleh Rasulullah saw:


"Hamba yang paling disukai Allah adalah yang paling bermanfaat bagi orang yang menjadi tanggungannya (keluarga)." (HR Abdullah, jami ash shagir, 217 )
Powered By Blogger

Peta Lokasi