PASAKKAN LANGKAH MENGHARUNG CABARAN

Sunday, 8 May 2016
TAZKIRAH RAWATAN ISLAM
🍀Mencari tempat berubat dari gangguan sihir, santau, terkena ilmu hitam atau gangguan jin ini bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi untuk mendapatkan bomoh atau pengamal perubatan tradisional yang bermasalah dalam rawatan islam sebenar.
🍀Ada sesetengah pesakit yang telah menghabiskan ratusan ringgit dan tidak kurang juga yang telah menjelajah banyak tempat untuk berubat namun sakitnya tetap tidak juga hilang. Tidak kurang pula ada sesetengah pesakit ditipu oleh pengamal perubatan yang tidak bertanggungjawab konon katanya mampu menyembuhkan penyakit yang dihidapi dengan mengenakan bayaran pengeras / kos rawatan yang terlalu tinggi hingga ratusan ringgit untuk sesuatu penyakit namun sakit tidak juga sembuh.
🍀Ada juga segelintir pesakit yang mendapat rawatan di beberapa tempat yang terpaksa mencari pelbagai jenis bahan-bahan rawatan yang pelik untuk mengubati pesakit tersebut tetapi hasilnya tetap juga hampa. Pelbagai kaedah rawatan telah dilalui dari mandi 7 kolah masjid, mandi limau / garam kasar, rawatan secara batin, minum air yang telah dirukyah oleh Ustaz, berkebas, berurut dan macam-macam kaedah namun jika sakit itu masih tidak diizinkan oleh Allah SWT untuk sembuh maka ia tetap tidak sembuh.
🍀Di sini saya ingin berkongsi ilmu atau amalan dengan saudara-saudari ubat yang paling mujarab dari segala jenis penyakit gangguan ini yang telah saya berikan amalan kepada pesakit dan ternyata sangat mujarab.
Ubat yang paling mudah itu sebenarnya terletak pada usaha diri kita sendiri serta pertolongan terus dari Allah SWT tanpa ada perantara seperti bomoh, ustaz, Jin Islam, atau apa-apa perantara yang lain. Bukan menafikan khidmat ustaz atau perawat islam, tapi ustaz tidak mahu segala kesakitan yang dialami oleh pesakit sentiasa bergantung pada perawat islam semata-mata…maka disini kita sebenarnya bermasalah dalam kesembuhan..kerana kesembuhan adalah dari ALLAH…
Namun berkat dari usaha pesakit sendiri dan dengan pertolongan dari Allah SWT .allah sembuhkan insyaallah..
Berikut amalan yang ustaz berikan , sememangnya amalan ini yang biasa dilakukan apabila setiap kali selesai kita bersolat seharian cuma bezanya di sini kita tambahkan keyakinan sepenuhnya kita kepada Allah SWT serta lakukan dengan bersungguh-sungguh dengan penuh khusyuk dan istiqomah.
🍀Amalkanlah secara istiqomah dan penuh keyakinan bahawa Allah SWT yang sebenar-benarnya menyembuhkan penyakit kita.
🍂1. Pertama sekali kita perlu yakin bahawa penyakit ini datangnya dari Allah SWT sebagai ujian dari-Nya. Firman Allah SWT yang bermaksud ; “Dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (Surah al-Anbiya’: ayat 35)
🍂2. Buang fikiran anda walaupun anda sememangnya mengetahui bahawa sakit anda adalah kerana dianiayai atau disihir oleh si folan bin si folan, tenangkan fikiran anda dan anggap ia satu ujian dari Allah swt dan manusia itu sebagai penyebabnya sahaja.
Buangkan semua syak wasangka sesama manusia atau sesama mahkluk tentang penyakit yang dihidapi itu. Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla berfirman: “Apabila aku menguji seseorang dari hamba-hamba-Ku yang mukmin dengan sesuatu penyakit, lalu ia memuji-Ku kerana ujian-Ku itu maka sesungguhnya ia akan bangkit dari tempat baringnya itu seperti masa ia dilahirkan oleh ibunya – bersih dari segala kesalahan”, dan Tuhan Tabaraka wa Taala berfirman kepada Malaikat penulis amal itu: “Aku telah mengikat hamba-Ku itu dan telah mengujinya, maka lakukanlah kepadanya apa yang kamu biasa lakukan untuknya (menulis amal baiknya) semasa ia berkeadaan sihat”. (Hadith Riwayat Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi r.a) Hadith Sumber JAKIM
🍂3. Ingatlah dan yakinlah bahawa sakit yang kita alami ini adalah untuk menghapuskan dosa-dosa kecil kita serta untuk meningkatkan darjat seseorang mukmin itu.
Nabi s.a.w pernah bersabda: “Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan meningatkan apa yang telah berlaku – sehinggakan tikaman duri yang mencucuknya – melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosa-dosanya.” (Hadith Riwayat Abu Sa’id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a) Hadith Sumber JAKIM
🍂3. Peliharalah solat 5 waktu anda dan solat tepat pada waktunya, jika boleh solat berjamaah di masjid.
Jika tidak mengizinkan maka solat lah tepat pada waktunya. Kerana ketahuilah banyak fadilat solat 5 waktu tepat pada waktunya yang tidak kita ketahui lagi di antaranya ialah serangan makhluk halus ini pada seseorang manusia sering berlaku pada perubahan waktu seperti dari waktu pagi ke tengahari (waktu Zuhor), perubahan waktu tengahari ke petang (waktu Asar), perubahan waktu dari petang ke senja (waktu maghrib) dan waktu maghrib paling banyak atau biasa sekali serangan ke atas manusia.
Jadi jika kita sentiasa solat pada waktunya Insyallah dengan izin Allah kita terselamat dari serangan ini.
🍂4. Amalkan wirid di bawah selepas tiap kali menunaikan solat fardhu :
🌱Beristighfar (3 X)
🌱Membaca surah al-Fatihah (1X)
🌱Membaca surah al-Ikhlas (3x) atau (1x)
🌱Membaca surah al-Falaq (1x)
🌱Membaca surah an-Nas (1x)
🌱Membaca ayatul kursy (dengan 7 wakaf – 7 kali tempat berhenti)
🌱Zikir (Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allah hu Akbar 33x)
🌱Berdoa
🍂5. Amalkan solat hajat (2 rakaat) atau lebih pada tiap-tiap kali sebelum tidur atau selepas solat Isyak atau Maghrib dan amalkan pada tiap-tiap hari.
Banyak cara mengerjakan solat hajat ini salah satu caranya ialah rakaat pertama baca al-Fatihah (1x) dan surah al-Kafirun (3x) manakala rakaat kedua bacalah surah al-Fatihah (1x) dan surah al-Ikhlas (3x), semasa sujud terakhir bermohonlah di dalam hati (jangan lafazkan) semoga disembuhkan penyakit.
Amalkan solat hajat ini secara berterusan sehingga sembuh penyakit. Mohonlah / berdoalah sepenuh keyakinan anda kepada Allah SWT agar disembuhkan segala penyakit atau gangguan yang anda hadapi.
Dari Ibnu Abbas r.a katanya:”Rasulullah s.a.w membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar.
Lalu baginda bersabda:”Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T.” (Hadith Riwayat Muslim) Hadith Sumber JAKIM.
🍂6. Jika mampu amalkan solat sunat witir sekurang-kurangnya (3 rakaat) sebelum tidur. Dan amalkan Surah al-mathurat setiap kali lepas solat maghrib atau isyak.
☘Semoga dengan amalan ini saya doakan agar penyakit anda akan sembuh dengan pertolongan terus dari Allah SWT. Yang pentingnya keyakinan kita bahawa Allah SWT lah tempat kita bergatung dan hanya Allah SWT sahajalah yang dapat menyembuhkan segala jenis penyakit yang kita hadapi selama ini.
Wallahua’lam.
Hasbunallah wa nikmal wakil wa nikmal maula wanikmal nassir..
Subscribe to:
Posts (Atom)