PASAKKAN LANGKAH MENGHARUNG CABARAN

Thursday, 22 December 2016
‘Penjaga’ Itu Sebenarnya Adalah Jin
Assalamualaikum wbt
.
Lately ramai kawan-kawan saya timbulkan isu tentang ‘penjaga’. Ada beberapa kawan-kawan saya claim yang dia ada ‘penjaga’. Penjaga tu akan selamatkan dia dari musibah, sembuhkan dia dari sakit, dan tolong dia bagi ‘hint’ dan apa-apa saje bantuan saat memerlukan. Kebiasaannya penjaga tu kalau dia memunculkan diri, dia akan berjubah putih dengan wajah yang kacak.
.
Persoalannya sekarang, siapakah ‘penjaga’ itu?
.
‘Penjaga’ yang anda rasa sangat special tu, sebenarnya merupakan jin. Boleh jadi ‘penjaga’ ni saka, dan boleh jadi juga ‘penjaga’ ni bukan saka. Bukan saka bermakna dia singgah kat anda lepas tu melekat terus kat anda sebab anda punya amalan (ibadah) tak kuat dan anda sering buat dosa. Jin memang suka dekat orang yang jiwa ada lompong-lompong ni (jarang berzikir, jarang baca quran, solat pun lewat-lewat). Tapi yang pasti, penjaga ni adalah jin. Kadang-kadang orang melayu kita sebut bunian. Bunian dengan jin sama je.
.
Jin ada dua, jin islam dan jin kafir. Sekiranya jin tu benar-benar Islam, dia TAK AKAN ganggu manusia, walaupun sentuh bahu je. Yang selalu mencelah dalam kehidupan manusia ni adalah jin kafir.
.
“Tapi… penjaga ni rajin juga ajarkan ayat-ayat Al-Quran”…
.
Jangan ingat jin kafir tak tahu ayat Al-Quran. Jin kafir ni lebih hebat dari kita, kadang-kadang satu surah tu dia boleh ajar kita baca. Tapi kenapa perwatakannya macam jin islam? Sebab tujuan dia satu. UNTUK MENYESATKAN MANUSIA.
.
Jin juga antara tentera-tentera syaitan, mereka membantu syaitan untuk menyesatkan akidah manusia . Mereka nak manusia syirik kepada Allah. Mereka nak manusia mohon pertolongan mereka, sehingga lupa kepada Allah.
.
Tujuan jin mendampingi manusia sebab dia nak berpura-pura ‘menjaga’ orang tu. Dia akan cuba timbulkan kepercayaan kepada manusia itu bahawa dia ni baik dan beriman. Dia akan membantu manusia itu sehingga manusia itu rasa ‘special’ kerana berdamping dengannya.
.
Di sebalik ‘watak alim’ yang dibawanya itu, sebenarnya ‘penjaga’ yang anda sangka special tu sebenarnya mempunyai 1 matlamat yang jelas, iaitu dia nak anda syirik dan kufur kepada Allah. Dia nak anda percaya bahawa dia yang membantu menyembuhkan anda. Dia nak anda percaya bahawa dia yang bantu anda cari barang yang hilang. Sehingga akhirnya, anda bergantung dan meminta bantuan dari ‘penjaga’ tadi bila terdesak, disebabkan oleh kebolehan penjaga tadi.
.
Sedarkah anda? Once anda minta bantuan dari ‘penjaga’ tadi, anda boleh jatuh syirik sebab memohon pertolongan selain Allah. Penjaga tu jin. Jin memang ada kelebihan luar biasa. Anda tanya lah apa sekalipun, dia boleh tahu setiap inci benda yang di luar kemampuan akal manusia.
.
Ustaz-ustaz umumnya bersetuju bahawa perubatan menggunakan jin juga haram. Tak kisah la jin islam ke jin kafir pun. Sebab hakikatnya jin ni tak boleh dijadikan teman manusia. Jadi, kalau ada pengamal perubatan yang mengaku dirinya ‘ustaz’ tu, tiba-tiba masa merawat boleh tahu sesuatu padahal dia tidak pernah diberitahu, maksudnya dia ada pendamping la tu.
.
Anda kena tahu, sifat jin ialah setia. Dan satu lagi, umur jin sangat panjang. Jin boleh hidup sehingga beribu ribu tahun. Boleh jadi ‘penjaga’ anda tu adalah warisan nenek moyang zaman dulu-dulu. Orang melayu zaman dulu-dulu boleh dikatakan wajib ada penjaga sebab nak jaga rumah, jaga kebun, jaga rezeki, jaga kecantikan dan sebagainya. Bila tuan empunya diri dah meninggal, penjaga tadi akan merayap cari tuan baru dari kalangan waris si mati. Jadi, boleh jadi ‘penjaga’ yang mendampingi anda tu adalah penjaga milik nenek moyang anda dulu.
.
Apa perlu buat sekiranya anda ada penjaga?
.
Pergi dapatkan rawatan dari ustaz yang mengamalkan ruqyah syariah. Tingkatkan amal ibadah anda. Jangan sesekali beri ruang kepada ‘penjaga’ tersebut untuk ganggu hidup anda. Pagari diri anda dengan ibadah ibadah wajib dan tambahan seperti solat sunat dan zikir.
—
Bagaimana nak bezakan perubatan islam yang betul-betul dan fake?
.
— Ustaz tu kalau betul-betul merawat menggunakan cara perubatan islam yang betul, dia hanya akan bacakan ayat Al-Quran kepada anda tanpa bagi sebarang air jampi dan alat lain. Ada sesetengah ustaz akan bagi air yang dah dijampi ayat Al-Quran untuk diminum, mandi atau dijirus di tempat yang berkenaan.
.
— Kalau ustaz tu fake (bukan ikut cara islam yang betul), dia akan baca ayat al-quran dan ada bercampur dengan ayat mantera yang lain (Biasanya ayat al-quran dia baca kuat.. ayat mantera lain dia baca slow-slow sebab taknak anda dengar)… kalau anda terkena buatan orang, ustaz fake ni boleh tahu siapa yang hantar tu kepada anda.. tapi kalau ustaz real, dia takkan tahu (kecuali bagi beberapa ustaz yang memang Allah bagi kelebihan luar biasa).. tapi rare la.. biasanya ustaz yang ada kelebihan luar biasa ni memang sangat alim dan sangat dekat dengan Allah…
.
Ustaz fake ni, dia boleh cerita detail tentang orang yang menyihir anda, siapa dia dan bagaimana.. sebab dia dapat pertolongan dari jin dia.…
.
Jadi, berhati-hatilah bila mendapatkan rawatan perubatan… selalunya berubat kampung memang ada risiko .. ustaz-ustaz atau bomoh kampung selalu sangat ada ‘penjaga’
.
Kita risau penjaga dia tu singgah dan jadi penjaga kita je. Kang jadi lain pulak. So hati-hati la berubat ya. Kalau anda mendampingi bomoh-bomoh atau ustaz ‘kampung’ yang claim dia ada kelebihan luar biasa, siasat dulu cara berubat dia macam mana. Kalau dia memang takde guna ‘jin’ atau baca mantera apa-apa, okey lah. Tapi kadang-kadang kita tak nampak dia ada seru ‘penjaga’ tu sebab dia kalau boleh tak nak kita tahu yang dia ada penjaga. Kalau kita pergi cari bomoh yang memang ada bela jin, kita boleh jatuh syirik. Kalau on the way nak pergi berubat tu tetiba accident, dan mati. Fikir-fikirlah sendiri anda mati dalam keadaan macam mana.
.
Isu ni ramai orang melayu suka ambil remeh, sebab orang kita suka berpegang dengan alasan “IKHTIAR JE DULU”.. Padahal benda yang haram mana boleh kita hampiri walaupun sejengkal.. sedangkan makanan pun kita teliti halal haram, kenapa berubat pun taknak teliti siapa yang mengubati kita, bagaimana caranya dan sahihkah dia tidak memohon pertolongan jin?
Sunday, 19 June 2016
Apa itu SAKA ?
Jangan terkejut jika anda mungkin mewarisinya.
Dan lebih baik anda mengetahuinya daripada tidak mengendahkannya.
Apakah itu saka?
Saka adalah kontrak mistik di antara nenek moyang dengan jin untuk mendapatkan kecantikan, perlindungan, kekuatan dan pertolongan, dengan syarat-syarat tertentu dan pada masa-masa tertentu.
Ia boleh diwarisi dan dipindahkan kepada keturunan si pengamal sehingga 7 keturunan, terutamanya kepada anak cucu yang masih menyimpan barang-barang peninggalan si mati.
Semasa program Wacana Perdana bulan lepas, Ustaz Sharhan Shafie telah menerangkan beberapa tanda-tanda saka dalam badan.
Di antara tanda-tandanya adalah:
Selalu bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
2. Selalu bermimpi berada di awangan.
3. Sering dikejar binatang dan dipatuk ular.
Tanda-tanda berikut adalah petanda yang sangat jelas seseorang itu mewarisi saka:
Kerap bermimpi menerima bungkusan dari seseorang.
5. Mimpi menyusukan bayi (mendukung atau melihat dikira petanda yang sama)
6. Ada lebam pada tubuh setelah bangun dari tidur.
7. Rumah tangga sering bermasalah, sering berbalah dalam perkara yang kecil, anak-anak yang degil.
8. Berdebar-debar tanpa sebab.
9. Sakit-sakit pada sendi, pinggang dan buku lali walaupun perubatan moden tidak dapat mengesahkan apa sakitnya.
Apa yang anda perlu buat?
Jika ada tanda-tanda saka dalam badan anda ini, anda perlu segera berjumpa dengan pengamal perubatan Islam yang bertauliah.
Selidik dahulu salasilah keturunan anda terlebih dahulu.
Sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan mencukupkan ibadat-ibadat wajib, memperbanyakkan membaca al-Quran dan amalan-amalan sunat.
Jangan putus asa sekiranya anda gagal mengeluarkan saka dari hidup anda.
Teruskan berusaha dengan mencari penawar dan bertawakkal kepada Allah. Insya-Allah.
Sunday, 8 May 2016
TAZKIRAH RAWATAN ISLAM
🍀Mencari tempat berubat dari gangguan sihir, santau, terkena ilmu hitam atau gangguan jin ini bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi untuk mendapatkan bomoh atau pengamal perubatan tradisional yang bermasalah dalam rawatan islam sebenar.
🍀Ada sesetengah pesakit yang telah menghabiskan ratusan ringgit dan tidak kurang juga yang telah menjelajah banyak tempat untuk berubat namun sakitnya tetap tidak juga hilang. Tidak kurang pula ada sesetengah pesakit ditipu oleh pengamal perubatan yang tidak bertanggungjawab konon katanya mampu menyembuhkan penyakit yang dihidapi dengan mengenakan bayaran pengeras / kos rawatan yang terlalu tinggi hingga ratusan ringgit untuk sesuatu penyakit namun sakit tidak juga sembuh.
🍀Ada juga segelintir pesakit yang mendapat rawatan di beberapa tempat yang terpaksa mencari pelbagai jenis bahan-bahan rawatan yang pelik untuk mengubati pesakit tersebut tetapi hasilnya tetap juga hampa. Pelbagai kaedah rawatan telah dilalui dari mandi 7 kolah masjid, mandi limau / garam kasar, rawatan secara batin, minum air yang telah dirukyah oleh Ustaz, berkebas, berurut dan macam-macam kaedah namun jika sakit itu masih tidak diizinkan oleh Allah SWT untuk sembuh maka ia tetap tidak sembuh.
🍀Di sini saya ingin berkongsi ilmu atau amalan dengan saudara-saudari ubat yang paling mujarab dari segala jenis penyakit gangguan ini yang telah saya berikan amalan kepada pesakit dan ternyata sangat mujarab.
Ubat yang paling mudah itu sebenarnya terletak pada usaha diri kita sendiri serta pertolongan terus dari Allah SWT tanpa ada perantara seperti bomoh, ustaz, Jin Islam, atau apa-apa perantara yang lain. Bukan menafikan khidmat ustaz atau perawat islam, tapi ustaz tidak mahu segala kesakitan yang dialami oleh pesakit sentiasa bergantung pada perawat islam semata-mata…maka disini kita sebenarnya bermasalah dalam kesembuhan..kerana kesembuhan adalah dari ALLAH…
Namun berkat dari usaha pesakit sendiri dan dengan pertolongan dari Allah SWT .allah sembuhkan insyaallah..
Berikut amalan yang ustaz berikan , sememangnya amalan ini yang biasa dilakukan apabila setiap kali selesai kita bersolat seharian cuma bezanya di sini kita tambahkan keyakinan sepenuhnya kita kepada Allah SWT serta lakukan dengan bersungguh-sungguh dengan penuh khusyuk dan istiqomah.
🍀Amalkanlah secara istiqomah dan penuh keyakinan bahawa Allah SWT yang sebenar-benarnya menyembuhkan penyakit kita.
🍂1. Pertama sekali kita perlu yakin bahawa penyakit ini datangnya dari Allah SWT sebagai ujian dari-Nya. Firman Allah SWT yang bermaksud ; “Dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (Surah al-Anbiya’: ayat 35)
🍂2. Buang fikiran anda walaupun anda sememangnya mengetahui bahawa sakit anda adalah kerana dianiayai atau disihir oleh si folan bin si folan, tenangkan fikiran anda dan anggap ia satu ujian dari Allah swt dan manusia itu sebagai penyebabnya sahaja.
Buangkan semua syak wasangka sesama manusia atau sesama mahkluk tentang penyakit yang dihidapi itu. Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla berfirman: “Apabila aku menguji seseorang dari hamba-hamba-Ku yang mukmin dengan sesuatu penyakit, lalu ia memuji-Ku kerana ujian-Ku itu maka sesungguhnya ia akan bangkit dari tempat baringnya itu seperti masa ia dilahirkan oleh ibunya – bersih dari segala kesalahan”, dan Tuhan Tabaraka wa Taala berfirman kepada Malaikat penulis amal itu: “Aku telah mengikat hamba-Ku itu dan telah mengujinya, maka lakukanlah kepadanya apa yang kamu biasa lakukan untuknya (menulis amal baiknya) semasa ia berkeadaan sihat”. (Hadith Riwayat Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi r.a) Hadith Sumber JAKIM
🍂3. Ingatlah dan yakinlah bahawa sakit yang kita alami ini adalah untuk menghapuskan dosa-dosa kecil kita serta untuk meningkatkan darjat seseorang mukmin itu.
Nabi s.a.w pernah bersabda: “Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan meningatkan apa yang telah berlaku – sehinggakan tikaman duri yang mencucuknya – melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosa-dosanya.” (Hadith Riwayat Abu Sa’id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a) Hadith Sumber JAKIM
🍂3. Peliharalah solat 5 waktu anda dan solat tepat pada waktunya, jika boleh solat berjamaah di masjid.
Jika tidak mengizinkan maka solat lah tepat pada waktunya. Kerana ketahuilah banyak fadilat solat 5 waktu tepat pada waktunya yang tidak kita ketahui lagi di antaranya ialah serangan makhluk halus ini pada seseorang manusia sering berlaku pada perubahan waktu seperti dari waktu pagi ke tengahari (waktu Zuhor), perubahan waktu tengahari ke petang (waktu Asar), perubahan waktu dari petang ke senja (waktu maghrib) dan waktu maghrib paling banyak atau biasa sekali serangan ke atas manusia.
Jadi jika kita sentiasa solat pada waktunya Insyallah dengan izin Allah kita terselamat dari serangan ini.
🍂4. Amalkan wirid di bawah selepas tiap kali menunaikan solat fardhu :
🌱Beristighfar (3 X)
🌱Membaca surah al-Fatihah (1X)
🌱Membaca surah al-Ikhlas (3x) atau (1x)
🌱Membaca surah al-Falaq (1x)
🌱Membaca surah an-Nas (1x)
🌱Membaca ayatul kursy (dengan 7 wakaf – 7 kali tempat berhenti)
🌱Zikir (Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allah hu Akbar 33x)
🌱Berdoa
🍂5. Amalkan solat hajat (2 rakaat) atau lebih pada tiap-tiap kali sebelum tidur atau selepas solat Isyak atau Maghrib dan amalkan pada tiap-tiap hari.
Banyak cara mengerjakan solat hajat ini salah satu caranya ialah rakaat pertama baca al-Fatihah (1x) dan surah al-Kafirun (3x) manakala rakaat kedua bacalah surah al-Fatihah (1x) dan surah al-Ikhlas (3x), semasa sujud terakhir bermohonlah di dalam hati (jangan lafazkan) semoga disembuhkan penyakit.
Amalkan solat hajat ini secara berterusan sehingga sembuh penyakit. Mohonlah / berdoalah sepenuh keyakinan anda kepada Allah SWT agar disembuhkan segala penyakit atau gangguan yang anda hadapi.
Dari Ibnu Abbas r.a katanya:”Rasulullah s.a.w membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar.
Lalu baginda bersabda:”Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T.” (Hadith Riwayat Muslim) Hadith Sumber JAKIM.
🍂6. Jika mampu amalkan solat sunat witir sekurang-kurangnya (3 rakaat) sebelum tidur. Dan amalkan Surah al-mathurat setiap kali lepas solat maghrib atau isyak.
☘Semoga dengan amalan ini saya doakan agar penyakit anda akan sembuh dengan pertolongan terus dari Allah SWT. Yang pentingnya keyakinan kita bahawa Allah SWT lah tempat kita bergatung dan hanya Allah SWT sahajalah yang dapat menyembuhkan segala jenis penyakit yang kita hadapi selama ini.
Wallahua’lam.
Hasbunallah wa nikmal wakil wa nikmal maula wanikmal nassir..
Wednesday, 27 April 2016
Sawan Tangis
Ramai yang bertanya saya tentang masalah anak kecil (bayi) menangis tengah malam tanpa henti.
.
SAWAN TANGIS
Pengenalan
Kanak-kanak atau bayi yang sakit sawan tangis biasanya akan menangis pada masa-masa tertentu tanpa sebab atau punca. Selalunya tangisan itu memanjang untuk beberapa jam.
Sawan tangis ini di sebabkan oleh rasukan atau gangguan jin atau makhluk halus. Dalam masa yang tertentu, bayi itu kadang-kadang memperlihatkan reaksi luar biasa, dengan wajah yang ketakutan seolah-olah sedang melihat satu objek yang menggerunkan di hadapannya.
Adakala nya makhluk halus ini memasuki badan bayi tersebut dan menggangu sistem urat saraf dan ini membuat bayi itu kesakitan atau tidak selesa. Selalunya bila merawat bayi yang kena sawan tangis, penulis mendapati adanya jin atau makhluk halus di bahagian urat saraf bayi atau di bahagian abdomen atau perut bayi. Makhluk halus ini yang menyebabkan bayi itu mengalami stomach cramps yang kita katakan colic pains.
Jenis-jenis atau Punca Penyakit
1. Bayi yang di bawah umur 3 bulan selalunya menangis di waktu senja yang di kenali dengan “evening colic”. Setelah berhenti, ia akan menagis semula. Demikianlah halnya yang berlaku, yang kadang-kadang memakan masa berjam-jam.
2. Bayi atau kanak-kanak akan menangis pada waktu yang tertentu sahaja seperti tengah malam atau waktu maghrib.
Simptom
1. Tangisan akibat gangguan pada kebiasaannya mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Mata bayi kelihatan kejam. Kalau diperhatikan dengan teliti, akan didapati bahawa tangisan itu terjadi seumpama dalam keadaan tidak sedarkan diri (tidur).
2. Kanak-kanak yang dalam keadaan terganggu, adakala berhenti menangis semula. Mata yang kejam ketika berhenti menangis itu kadang-kadang melahirkan ombak di kelopak mata, seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan atau pun kiri.
3. Ada anak-anak kecil yang terganggu, menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan mengigil seolah-olah adanya susuatu yang mengerikan di hadapannya.
Biasanya, anak/bayi akan menangis malam kerana 2 perkara iaitu:
.
SAWAN TANGIS
Pengenalan
Kanak-kanak atau bayi yang sakit sawan tangis biasanya akan menangis pada masa-masa tertentu tanpa sebab atau punca. Selalunya tangisan itu memanjang untuk beberapa jam.
Sawan tangis ini di sebabkan oleh rasukan atau gangguan jin atau makhluk halus. Dalam masa yang tertentu, bayi itu kadang-kadang memperlihatkan reaksi luar biasa, dengan wajah yang ketakutan seolah-olah sedang melihat satu objek yang menggerunkan di hadapannya.
Adakala nya makhluk halus ini memasuki badan bayi tersebut dan menggangu sistem urat saraf dan ini membuat bayi itu kesakitan atau tidak selesa. Selalunya bila merawat bayi yang kena sawan tangis, penulis mendapati adanya jin atau makhluk halus di bahagian urat saraf bayi atau di bahagian abdomen atau perut bayi. Makhluk halus ini yang menyebabkan bayi itu mengalami stomach cramps yang kita katakan colic pains.
Jenis-jenis atau Punca Penyakit
1. Bayi yang di bawah umur 3 bulan selalunya menangis di waktu senja yang di kenali dengan “evening colic”. Setelah berhenti, ia akan menagis semula. Demikianlah halnya yang berlaku, yang kadang-kadang memakan masa berjam-jam.
2. Bayi atau kanak-kanak akan menangis pada waktu yang tertentu sahaja seperti tengah malam atau waktu maghrib.
Simptom
1. Tangisan akibat gangguan pada kebiasaannya mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Mata bayi kelihatan kejam. Kalau diperhatikan dengan teliti, akan didapati bahawa tangisan itu terjadi seumpama dalam keadaan tidak sedarkan diri (tidur).
2. Kanak-kanak yang dalam keadaan terganggu, adakala berhenti menangis semula. Mata yang kejam ketika berhenti menangis itu kadang-kadang melahirkan ombak di kelopak mata, seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan atau pun kiri.
3. Ada anak-anak kecil yang terganggu, menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan mengigil seolah-olah adanya susuatu yang mengerikan di hadapannya.
Biasanya, anak/bayi akan menangis malam kerana 2 perkara iaitu:
1. Kembung perut
2. Gangguan makhluk halus
(1) Kembung perut
Biasanya berlaku ke atas anak lelaki, kerana kadang kadang dia kena hernia, iaitu angin pasang.
Symptomnya ialah perut keras, pusat membonjol, kadang-kadang mata tengok ke atas.
(2) Gangguan makhluk halus
Biasanya disebabkan oleh gangguan syaitan atau iblis, ibunya iaitu Ummu Sibyan, iaitu namanya Umma Mildam.Symptomnya ialah di tempat pertemuan kening mata, ada urat yang berwarna biru atau kehijauan timbul, mata terbeliak ke atas.
Sunday, 3 April 2016
RAWATAN PENYAKIT SAKA
RAWATAN PENYAKIT SAKA SEBAGAI IKHTIAR.
Bahan² rawatan penyakit Saka (sebagai ikhtiar), 7 helai daun mengkuang, 3 ketul ibu kunyit dan 3 ketul ibu garam yang dibuat rebusan untuk mandian pesakit. Kaedahnya:
.
7 helai daun mengkuang dipotong ikut jengkal pesakit dan diikat sehelai menjadi satu ikatan (7 helai daun mengkuang tersebut akan ada 7 ikatan), masukkan 7 ikatan daun mengkuang itu dalam periuk.
.
Kemudian seketul ibu kunyit dan seketul ibu garam kemudian rebus dan air rebusan itu dibuat mandi apabila air tersebut telah sejuk (semasa air tersebut telah sejuk hendaklah diruqyah).
.
Daun mengkuang tersebut dibiarkan dalam periuk, untuk hari berikutnya digantikan ibu kunyit yang baru dan ibu garam.
.
Diamalkan selama 3 hari berturut-turut. In syaa Allah sembuh dengan izin Allah.
.
Pesakit amat digalakkan untuk membaca zikir ini sebanyak 100 kali sehari sebelum tidur:
.
لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قدير.
Friday, 11 March 2016
SIHIR PEMISAH / PEMBENCI (untuk Suami Isteri)
Pisahkan suami dan isteri merupakan tumpuan iblis dan syaitan. Di dalam Surah Al-Baqarah ayat 102, Allah s.w.t ada mengatakan ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya.
Ini membuktikan bahawa sihir jenis ini berlaku dari zaman dahulu dan bukanlah suatu perkara baru.
Jenis-jenis atau Punca Penyakit.Kadangkala pesakit akan juga dikenakan sihir jerutan dan ini lebih dasyat akibatnya sehingga pasangan tidak boleh melakukan persetubuhan..
Sintom Antara sintom-sintom yang sering diberitahu oleh pesakit-pesakit yang terkena sihir pemisah atau pembenci ini adalah seperti berikut:
1. Timbul rasa benci yang bersangatan tanpa sebab yang jelas, yang berlaku pada salah seorang daripada pasangan, atau kedua-duanya sekali..
2. Berlaku perselisihan faham, pertengkaran antara pasangan tanpa sebab, atau sebab-sebab yang kecil dan tidak munasabah, juga di kalangan anak-anak menyebabkan suasana keluarga sentiasa tegang dan kucar-kacir.
3. Timbul rasa was-was syaitan dalam hati yang boleh menyebabkan isteri takut mendekati suami. Terasa seolah-olah suami hendak menanayai isteri atau sebaliknya.
4. Timbul rasa cemburu bersangatan menyebabkan isteri rasa berang kerana dia syak yang suami menduakannya, padahal suami tidak berbuat demikian. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan isteri melarikan diri, enggan duduk berhampiran ataupun tidur sebilik.
5. Rasa resah gelisah, sakit kepala dan buntu selagi pasangan berada di sampingnya, dan merasa lega sebaik-baik sahaja pasangan keluar dari rumah atau berada jauh dari pasangan.
6. Berlaku perubahan rupa pada pandangan mata. Isteri mungkin melihat suami dengan rupa yang menakutkan atau sentiasa marah dan bengis, atau suami melihat isteri dari pandangan yang hodoh. Apa yang dilakukan oleh pasangan semuanya serba tak kena.
7. Timbul desakan dalam jiwa suami untuk menceraikan isteri tanpa sebab yang jelas. Dalam hatinya timbul bisikan-bisikan yang it telah melafazkan cerai, padahal it tidak berhasrat langsung berbuat demikian. Kadang-kadang lafaz cerai itu benar-benar keluar dari lidah seolah-olah ada satu kekuatan dari dalam diri melepaskan tanpa dapat dikawal. Isteri pula kadang-kadang meminta cerai bertalu-talu sambil mencabar suami berbuat demikian dalam keadaan tidak dapat mengawal diri. Ini kadang-kala membawa kepada pergaduhan fizikal diantara suami dan isteri.
Saya doakan moga semua yang ada disini bebas dari sebarang gangguan jin sihir, dan diberi kebaikan dan kesembuhan oleh Allah atas setiap ujian yang dialami.

Monday, 8 February 2016
Bahan Rawatan Penyakit Fizikal
Senarai beberapa bahan rawatan untuk di gunakan dalam merawat penyakit - penyakit fizikal.
1.Daun semperai digunakan untuk merawat penyakit buasir.
2. Daun Kacang botol di gunakan untuk merawat penyakit sawan tarik.
3. Akar pokok mengkuang di gunakan untuk merawat penyakit buah pinggang.
4. Pokok Kenerak di gunakan untuk merawat penyakit barah tulang.
5. Daun belimbing besi di gunakan untuk merawat penyakit gatal kulit biasa.
6. Daun Bidara di gunakan untuk merawat penyakit gangguan emosi, makhluk halus dan sihir.
7. Buah Delima di gunakan untuk merawat penyakit barah tulang.
8. Akar Seruntun/Patawali di gunakan untuk merawat penyakit kencing manis.
9. Bunga Betik Jantan di gunakan untuk merawat penyakit gastrik.
10. Senduduk Putih di gunakan untuk merawat penyakit resdung.
11. Dukung Anak di gunakan untuk merawat penyakit keracunan/santau.
12. Batu ginjal / Pecah Beling di gunakan untuk merawat penyakit batu karang.
13. Rumput Sambau di gunakan untuk merawat penyakit barah, barah tulang dan kayap.
14. Daun Misai Kucing di gunakan untuk merawat penyakit kencing manis.
15. Serai Wangi di gunakan untuk merawat penyakit batu karang.
Saturday, 16 January 2016
Apakah sebenarnya minyak dagu..
Apa Itu Minyak Dagu
Minyak dagu adalah sejenis minyak sihir yang diperbuat daripada anggota badan manusia yang telah mati dan ada juga diperbuat daripada manusia yang masih hidup.
Bahagian anggota badan yang digunakan adalah dagu. Itu sebab di panggil minyak dagu.
Tujuan penggunaan minyak dagu ini biasanya:
1. Dendam disebabkan cinta tidak dibalas.
2. Mahukan seseorang wanita yang diminati dengan kadar segera.
3. Menceraikan suami/isteri.
4. Menghancurkan saingan perniagaan.
Tanda-tanda terkena minyak dagu:
1. Benci berubah menjadi sayang yang melampau.
2. Patuh secara membuta tuli.
3. Suka menyendiri dan sering murung.
4. Sentiasa sakit seluruh anggota badan yang doktor tidak dapat mengesahkan apa sebab dan puncanya.
5. Fikiran selalu mengingati seorang itu padah hal sebelum ini membenci.
6. Sering pening seperti pusing dan sakit kepala (kemuncaknya bila bulan penuh).
7. Bila kemuncak pesakit itu akan benci kepada keluarganya sendiri seperti suami, isteri, adik beradik, ibu bapa.
8. Tidak kenal ahli keluarga sendiri.
9. Sanggup melawan keluarga apabila tidak dapat bertemu dengan penyihir minyak dagu.
10. Selalu terbayang muka penyihir (apabila pesakit melihat bulan penuh akan terbayang rupa penyihir itu dibulan seperti pungguk rindukan bulan).
11. Nafsu membuak-buak terhadap penyihir.
12. Jin minyak dagu sentiasa menyerupai penyihir dalam mimpi, kadang-kadang menjelma dihadapan pesakit tersebut.
13. Sensitif dengan azan dan bacaan Al-Quran.
Minyak dagu adalah sejenis minyak sihir yang diperbuat daripada anggota badan manusia yang telah mati dan ada juga diperbuat daripada manusia yang masih hidup.
Bahagian anggota badan yang digunakan adalah dagu. Itu sebab di panggil minyak dagu.
Tujuan penggunaan minyak dagu ini biasanya:
1. Dendam disebabkan cinta tidak dibalas.
2. Mahukan seseorang wanita yang diminati dengan kadar segera.
3. Menceraikan suami/isteri.
4. Menghancurkan saingan perniagaan.
Tanda-tanda terkena minyak dagu:
1. Benci berubah menjadi sayang yang melampau.
2. Patuh secara membuta tuli.
3. Suka menyendiri dan sering murung.
4. Sentiasa sakit seluruh anggota badan yang doktor tidak dapat mengesahkan apa sebab dan puncanya.
5. Fikiran selalu mengingati seorang itu padah hal sebelum ini membenci.
6. Sering pening seperti pusing dan sakit kepala (kemuncaknya bila bulan penuh).
7. Bila kemuncak pesakit itu akan benci kepada keluarganya sendiri seperti suami, isteri, adik beradik, ibu bapa.
8. Tidak kenal ahli keluarga sendiri.
9. Sanggup melawan keluarga apabila tidak dapat bertemu dengan penyihir minyak dagu.
10. Selalu terbayang muka penyihir (apabila pesakit melihat bulan penuh akan terbayang rupa penyihir itu dibulan seperti pungguk rindukan bulan).
11. Nafsu membuak-buak terhadap penyihir.
12. Jin minyak dagu sentiasa menyerupai penyihir dalam mimpi, kadang-kadang menjelma dihadapan pesakit tersebut.
13. Sensitif dengan azan dan bacaan Al-Quran.

Subscribe to:
Posts (Atom)